
kitab tua itu senantiasa hidup dalam kemudaan
seperti nafsu insan tak pernah surut meski langkah hampir di ujung
adalah kawan ketika sepi sendiri
aku mesrai dari laman ke laman dengan kelembutan
aku amati dari ayat ke ayat tertata indah mengasyikkan
hati diselubungi kelam pun sambut hadirnya pelangi
setiap waktu kudengar teguran dan ancamannya
digelarkan kisah silam dan sejarah akan datang
khabar gembira khabar duka
cukup mencahayakan aku
jadikan aku gagal untuk lena
lazimnya menyeret seseorang ke kubang bangkai
lantas di sisi-Mu tiada nilai secuil pun
tak mahu insaf lagikah engkau?
terkenang hari lampau, ibu mengajar kitab tua
dari alif sampai ya
sekali aku tak ingat atau sebut tersilap
maka di lenganku cubitannya kan hinggap
kadang telinga dipulas sampai lebam-lebam
sebelum mengeja membaca aku faham
terima kasih, ibu
atas kasih sayangmu semalam memberi bintang
kini jiwa dan hidupku di bawah sinar terang

























































